GURU PENYAYANG MINGGU INI (11-15 APRIL)...ISNIN-PN RAFIDAH...SELASA-PN ROSMAIDAH...RABU-PN TN AZIZAH...KHAMIS-USTZ ZAMRI...JUMAAT-SIR SUHER

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Hari Guru 2011




Pada 16hb Mei 2011 telah berlangsung sambutan Hari guru bertempat di Dewan SKFBS. Majlis bermula pada pukul 8.00am hingga 12.30pm. Majlis dimulakan dengan membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan Menteri Pendidikan. Pelbagai aturcara telah diadakan antaranya persembahan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Selain itu, terdapat juga pembacaan ikrar Guru dan nyanyian Guru Malaysia. Majlis berakhir dengan penukaran hadiah daripada Guru-guru.

Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Bola Jaring Kawasan Jasin Pada 13&14/04/2011






Pada 13-14 April 2011 yang lalu, Kejohanan Bola Jaring Kawasan Jasin telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh selaku sekolah pengelola . Sebanyak 22 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari dan pasukan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pasukan dari Sekolah Kebangsaan Air Baruk telah menjuarai kejohanan pada kali ini manakala pasukan dari Sekolah Kebangsaan Asahan menduduki tempat kedua.

Pasukan dari Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh dan pasukan dari Sekolah Kebangsaan Sri Machap telah menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Nor bin Yos, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh dan pihak pengelola telah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan yang menang manakala pasukan yang tewas masih boleh terus berusaha untuk berjaya pada tahun hadapan.

Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Pada 18/2/2011 Di Dewan SKFBS







Sukantara SKFBS Pada 23&24/2/2011


Pada 23 dan 24 Februari yang lalu Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh telah mengadakan sukantara di peringkat sekolah.Tujuan sukantara ini diadakan untuk mengutip mata bagi pasukan rumah.


Acara –acara yang telah dipertandingkan adalah larian 75 meter dan 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru.

Rumah Hijau telah mendahului rumah-rumah yang lain dengan memungut 125 mata, diikuti dengan rumah kuning 124 mata,rumah merah 108 mata dan rumah biru 103 mata.

Monday, February 21, 2011

Pelancaran Program Nilam Pada 21/2/2011 Di Dewan SKFBS


Pelancaran program NILAM peringkat Sekolah telah disempurnakan dengan rasminya oleh Tn. Hj. Mohamad Nor Bin Yos , Guru Besar SKFBS pada 21 Februari 2011,hari Isnin di dewan SKFBS. Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi dan dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Zamri Bin Sulong, nyanyian lagu patriotik, bacaan ayat-ayat suci Al Quran, ucapan perasmian daripada Tuan Guru Besar dan taklimat NILAM daripada guru NILAM sekolah, Pn Azlinda Bt Abdullah seterusnya diselitkan dengan beberapa soalan kuiz spontan.

Sebagai simbolik pelancaran , Guru Besar mengetuk bongkah ais yang mengandungi huruf L lalu menyempurnakan singkatan kata “NILAM dan menandatangani perasmian Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah pada tahun ini. Majlis berakhir pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu tema NILAM dan Budaya membaca.